Program Pembangunan Kapasiti Advokasi Kluster Kuala Lumpur

16 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Program Pembangunan Kapasiti Advokasi Kluster Kuala Lumpur telah diadakan pada 14-15 Disember 2018 bertempat di Pusat Internet PPR Kg Baru Air Panas. Program ini dijalankan bertujuan untuk pengurus dan penolong pengurus yang telah dilatih oleh MCMC memberikan taklimat kepada Pengurus Pusat Internet Kluster Kuala Lumpur mengenai Advokasi terbaru dan modul-modul terkini untuk disampaikan kepada komuniti.

Pengurus dan penolong pengurus yang telah dilatih menyampaikan pelbagai bentuk dan modul advokasi serta kempen-kempen terbaru kepada pengurus yang lain untuk disampaikan kepada komuniti. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti taklimat mengenai advokasi terbaru, latihan dalam kumpulan, aktiviti berkenaan kempen yang dilaksanakan dan Teambuilding. Seramai 16 orang Pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Kluster Kuala Lumpur bersama 2 orang tenaga pengajar telah terlibat dalam program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali